FAQ

Assalamualaikum, tumpang tanya tuan. Escrow ni macam sistem buy remitano tu ke?

Pekhidmatan escrow ini adalah pemegang amanah sementara ( orang tengah ). Kerjanya lock transaksi untuk melancarkan urusan jual dan beli supaya terhindar dari aktiviti penipuan terancang. Maklumat lanjut tentang cara guna perkhidmatan escrow yang disediakan, sila telegram admin escrow dept di alamat  https://t.me/joinchat/AzYWtEyEc9RBhsuIB9z_Aw

Satu lagi kalau jual beli ikut rate mana?

Harga coin kena ikut standard exchange ditetapkan oleh pihak yang menerima tawaran. Ada banyak platfom exchange yang boleh digunapakai dan paling senang boleh rujuk coinmarketcap.com.

Kena daftar ke untuk guna platfom ini?

Ohhhhh…….itu perlu, supaya kebenaran dapat diberikan untuk memasukkan iklan baru dan juga untuk membuat sebarang pembetulan semula terhadap iklan-iklan yang telah lalu. Fungsi ini juga digunakan untuk mengurangkan aktiviti spam oleh bot iklan.

Bagaimana dengan fee yang dikenakan?

Buat masa ini, ianya percuma dan yang berbayar hanya untuk perkhidmatan escrow dan pengiklanan yang berdurasi 30 hari sahaja. Fee yang dikenakan cukup-cukup murah dan mampu dibayar oleh sessiapa. Tx fee untuk mengirim cryptocurrency hendaklah dirujuk kepada pemilik wallet masing-masing dan setiap wallet berbeza tx fee nya.

Adakah ia selamat dari sebarang aktiviti penipuan?

Jika untuk aktiviti pengiklanan ianya memang selamat. Untuk urusan mengirim cryptocurrency menggunakan perkhidmatan escrow yang telah disediakan, insyaallah juga dijamin supaya selamat. Untuk transaksi tanpa perkhidmatan escrow, hal itu tiada jaminan daripada pihak admin.

Apa cryptocurrency yang disokong oleh platfom ini?

Buat masa ini, semuanya sekali. Untuk pekhidmatan escrow ianya bergantung kepada kemampuan yang ada pada pasukan escrow dan buat masa ini tidak semuanya dapat disediakan.